601156964145
admin@mudahzakat.my
Untitled (200 x 200 px)
Bayar Zakat
MAKLUMAT ZAKAT Maklumat Zakat
PENGERTIAN ZAKAT

Pengertian Bahasa 1

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

  • Pengertian Zakat
  • Syarat Berzakat
  • Jenis-jenis Zakat
  • Doa Zakat - Kepada Pemberi Zakat
  • Doa Zakat - Dari Amil Ketika  Menerima Zakat

Kedudukan Dalam Islam

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima.

Hukum Zakat

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.

Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Hikmah Disyariatkan Zakat

    Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

    • 1)   Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada  golongan yang kurang berada.
    • 2)  Membersihkan diri pembayar zakat.
    3)  Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
    4)  Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
    5)  Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
    6)  Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
    7)  Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
    8)  Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
    9)  Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
    10) Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

      Syarat Berzakat

        1. 1) Islam: 
          Zakat adalah kewajipan bagi umat Islam sahaja. 
        2. 2) Merdeka: 
          Syarat ini tetap dikekalkan untuk memastikan pembayar  zakat adalah orang yang berdikari dan bebas. 
        3. 3) Pemilikan Sempurna (Hak Milik Penuh): 
          Harta yang dizakatkan hendaklah dimiliki sepenuhnya dan bebas daripada sebarang halangan atau ikatan 
        4.      yang menghalang pemilik untuk menggunakannya.
        5. 4) 
          Cukup Haul: 
          Harta tersebut mestilah genap tempoh satu tahun hijrah (12 bulan) berturut-turut sebelum dikeluarkan zakatnya. Namun, syarat haul ini
        6.     tidak dikenakan bagi sesetengah jenis harta seperti biji-bijian dan buah-buahan. 
        7. 5) 
          Cukup Nisab: 
          Harta yang dimiliki hendaklah mencapai paras minima tertentu yang diwajibkan zakat. Kadar nisab adalah berbeza bagi setiap kategori
        8.     harta, seperti emas, perak, wang, dan lain-lain


          Jenis-Jenis Zakat

            1) ZAKAT FITRAH

            Zakat diri yang wajib dibayar setiap individu Muslim pada bulan Ramadan. 

            2) ZAKAT HARTA

            Zakat Harta melibatkan pengeluaran zakat daripada pelbagai jenis harta seperti pendapatan, perniagaan, emas, simpanan, ternakan, dan pertanian. 

            DOA ZAKAT

            doa-membayar-zakat

            doa-amil-menerima-zakat-1