601156964145
admin@mudahzakat.my
Untitled (200 x 200 px)
Bayar Zakat
Soalan Lazim

PENGENALAN ZAKAT

Zakat ialah kewajipan mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada golongan yang berhak (asnaf) apabila cukup syarat. Ia adalah Rukun Islam ketiga.

  •  - Zakat: Wajib, ada syarat, kadar & penerima tertentu (8 asnaf).
  •  - Sedekah/Infaq: Sunat, tiada had kadar & boleh diberi kepada sesiapa sahaja.

Kerana zakat menyucikan harta, membantu fakir miskin, menyuburkan ekonomi ummah, dan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

SYARAT DAN KELAYAKAN

Setiap Muslim yang:

  • i) Merdeka
  1. ii) Berakal dan baligh

  2. iii) Memiliki harta yang cukup nisab (paras minimum)

  3. iv) Harta itu milik sempurna dan cukup haul (tempoh setahun hijri, bagi zakat harta tertentu)

Nisab ialah kadar minimum harta yang dimiliki dalam setahun untuk diwajibkan zakat. Nilai nisab ditetapkan berdasarkan harga semasa 85 gram emas.

Haul ialah tempoh setahun (12 bulan qamariah) pemilikan harta sebelum wajib dizakatkan.

Haul ialah tempoh setahun (12 bulan qamariah) pemilikan harta sebelum wajib dizakatkan.

jenis zakat

Jenis zakat utama ialah:

  1. 1) Zakat Fitrah – dikeluarkan pada bulan Ramadan sebelum solat Aidilfitri.

  2. 2) Zakat Harta – merangkumi zakat pendapatan, perniagaan, emas & perak, simpanan, pelaburan, pertanian, ternakan dan lain-lain.

Zakat fitrah ialah zakat diri yang wajib ditunaikan pada bulan Ramadan sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa.

Zakat pendapatan ialah zakat ke atas gaji, elaun, bonus, komisen, royalti dan apa sahaja hasil pendapatan halal.

Zakat perniagaan ialah zakat yang dikenakan ke atas harta perniagaan sama ada perniagaan individu, perkongsian atau syarikat berdaftar.

Ya, jika emas/perak itu cukup nisab dan haul. Contoh: emas perhiasan melebihi uruf (kadar pemakaian biasa) juga dikenakan zakat.

Ya, termasuk simpanan di bank Islam atau konvensional, ASB, Tabung Haji dan lain-lain, jika cukup nisab dan haul.

Wang KWSP dikenakan zakat apabila dikeluarkan, tertakluk kepada syarat cukup nisab dan haul. (Cth: pengeluaran umur 50/55 tahun atau lain-lain).

kadar dan pengiraan

Kadar zakat fitrah berbeza mengikut negeri (ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri). Umumnya bersamaan dengan harga beras yang menjadi makanan ruji di negeri tersebut. Biasanya kadar sekitar RM7 – RM21 mengikut pilihan beras.

Umumnya kadar zakat harta ialah 2.5% daripada harta yang cukup nisab & haul.

(Jumlah pendapatan tahunan – perbelanjaan dibenarkan) × 2.5%.

(Emas yang dimiliki – uruf pemakaian negeri) × harga semasa × 2.5%.

penerima zakat

8 golongan asnaf layak menerima zakat:
i) Fakir
ii) Miskin
iii) Amil
iv) Muallaf
v) Riqab
vi) Gharimin
vii) Fisabilillah
viii) Ibnu Sabil

Ya, tetapi lebih afdal disalurkan melalui institusi zakat yang diiktiraf supaya lebih teratur dan telus.

Boleh, jika mereka termasuk dalam golongan asnaf (contoh: fakir/miskin) dan bukan tanggungan nafkah wajib seperti ibu bapa, isteri & anak.

HUBUNGAN DENGAN CUKAI

Tidak. Tetapi bayaran zakat melalui institusi zakat boleh dijadikan rebat cukai LHDN.

Simpan resit rasmi zakat dan masukkan jumlah bayaran pada ruangan rebat zakat dalam borang e-Filing.

PEMBAYARAN DAN KAEDAH

  • i) Kaunter zakat negeri
  • ii) Bank Islam/konvensional tertentu
  • iii) Potongan gaji bulanan (Skim Potongan Gaji Zakat)
  • iv) Portal & aplikasi zakat online
  • v) Ejen sah (koperasi, surau, NGO dilantik)

Ya, boleh melalui potongan gaji atau ansuran bayaran online.

  •  - Tunai: Dibayar dengan wang.
  •  - Barang: Dibayar dengan barangan yang sama nilai dengan kadar zakat.

isu-isu khusus

  • Ya, jika saham tersebut dimiliki untuk tujuan pelaburan dan cukup nisab serta haul.

  • Ya, zakat dikenakan atas jumlah simpanan/hibah apabila manfaat takaful diterima (bergantung jenis plan).

  • Bergantung kepada kelulusan Majlis Agama Islam Negeri. Jika mereka diiktiraf sebagai amil atau fisabilillah, maka boleh.

  • Penyucian Jiwa dan Harta: Zakat menyucikan jiwa pembayar daripada penyakit bakhil dan kedekut, serta membersihkan harta daripada hak orang lain, sekaligus membawa keberkahan.
  • Keseimbangan Ekonomi: Mengagihkan kekayaan daripada golongan berada kepada golongan fakir miskin untuk mengurangkan jurang perbezaan taraf sosial dan mengurangkan perasaan iri hati.
  • Ketaatan kepada Allah: Merupakan tanda syukur atas nikmat harta yang dikurniakan dan satu bentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT.
  • Keharmonian Sosial: Memupuk semangat persaudaraan, empati, dan perpaduan dalam masyarakat, serta membantu menangani masalah kemiskinan dan pengangguran.
  • Ketenangan Hati: Memberi ketenangan dan kedamaian jiwa kepada pembayar kerana menyedari mereka telah melaksanakan kewajipan agama.