Tentang Kami
YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA (YAWATIM)
YAWATIM adalah SEBUAH yayasan dibawah PEYATIM yang bukan berasaskan keuntungan
Yayasan Anak Yatim/Miskin Malaysia (YAWATIM) ialah sebuah organisasi kebajikan yang komited membantu anak-anak yatim dan golongan miskin melalui bantuan pendidikan, kebajikan dan pembangunan sahsiah.
Sebagai Ejen Kutipan Rasmi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), YAWATIM berperanan memperluaskan saluran kutipan zakat serta membantu memastikan dana zakat disalurkan secara telus, sistematik dan berimpak kepada golongan asnaf yang layak.
Visi
Menjadi organisasi kebajikan yang dipercayai dalam memperkasa anak yatim dan miskin secara berintegriti dan profesional.
Misi
• Menyalurkan bantuan kebajikan dan pendidikan secara berkesan.
• Memperkasa pembangunan modal insan asnaf.
• Menyokong usaha LZS dalam meningkatkan kutipan dan pengagihan zakat.
• Mengamalkan tadbir urus yang telus dan amanah.